Saturday, February 23, 2013

Makna " EGO "


1. Petikan Kamus Pelajar tentang makna ego" /égo/ 

i) sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 

ii) perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. "



2. Berdasarkan takrif 

i) ( sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian.) Ternyata semua orang mempunyai ego masing-masing kerana ada keperibadiannya sendiri . Ego inilah yang dapat menceriakan hidup kita dalam bermasyarakat. Banyaknya perbezaan individu dalam organisasi membantu kita mendapatkan berbagai-bagai pandangan yang berbeza . Perbezaan inilah menyebabkan kita tidak mudah bosan.

ii) ( perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri , keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri. ) Ego inilah yang membuatkan orang lain menderita dan menahan perasaan sengsara bila hidup bersama . Ego inilah yang sama erti dengan riak yang dilarang dalam Islam sebab ia dapat melemahkan iman orang yang ego itu . 



ℒℴvℯ ,  
nisahhrishamm